Tuesday, April 24, 2012

Life is Drama

LIFE IS DRAMA.

Setelah sekian lama tak mengupdate blog,maka kini aku muncul kembali...jadi topik kali ini,life is drama.
kenapa?eh ingat drama,telenovela,sinetron tu dekat TV je ke?kita ni tak boleh jadi pelakon ke?apa muka aku ini tidak layak menjadi pelakon? (emosional seketika,tune balik mood) yess rakan-rakan,sahabat-sahabat,teman-teman sekalian,kita memang umpama hidup dipentas lakonan.

Setiap hari dalam hidup,kita akan jumpa pelbagai manusia dengan pelbagai watak dan ragam. plot juga kadang2 berbeza.tak setiap hari hidup kita dipenuhi dengan warna-warni pelangi,tak setiap hari hidup kita sepi mendung menanti hujan curah ke bumi,tak setiap hari juga dilanda ribut taufan atau kering kontang seperti padang pasir. Watak kita juga berbeza, tak selamanya kita pegang watak baik sahaja.kadang2 ada juga watak jahat.nobody's perfect kan?tipu la kalau dalam hidup ni tak pernah buat perkara jahat.tapi jangan la melampau sangat jahat tu.

Kalau hidup ni drama,mesti ada pengarah kan?kalau tak sesebuah filem mesti tunggang langgang tanpa jalan cerita yang menarik.pelakon-pelakon pun sesukasuki je bawak watak masing-masing kan? dari awal lagi kita dah diberi 'taklimat','skrip dan guideline' untuk menempuhi dunia lakonan oleh 'pengarah' kita. yess rakan-rakan sekalian, kita telah diberi 'taklimat' dan 'menandatangani' contract dengan Allah sebelum lahir kedunia lagi .

Surah Al-A'raf :172

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". 
Kita telah mengatakan "bala syahidna" dan mengakui Allah itu tuhan maha Esa. 'skrip dan guideline' kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah. 

عن ابي هريرة رضي قال ، عن النبي (ص) قال : تركت فيكم امرين لن تضلوا ما ان تمسكتم بهما : كتاب الله و سنة نبيه            ( رواه مالك )

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda :" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara , kamu tidak akan sesat,  selama kamu berpegang  dgn kedua-duanya, iaitu Kitab Allah dan Sunah Nabi "


tak cukup itu,'pengarah' kita juga menghantar 'penasihat' untuk membantu kita mengikuti segala arahannya dan memahami 'tugas' sebenar kita.yess, nabi-nabi dan Rasul diutuskan sebagai pembimbing kita.menerangkan segala tugas dan tanggungjawab kita.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُوا فِي الأرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut itu’, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." (An Nahl ayat 36)
Tak cukup lagi ke semua yang dibekalkan oleh 'pengarah' kita itu? Maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan? ingatlah rakan-rakan sekalian,suatu masa nanti,disebuah padang yang bakal dihadiri dan dihimpun oleh ramai manusia,malah SEMUA manusia,sebuah skrin yang besar dan gilang gemilang akan menayangkan,memainkan,mem'playback'kan SEMUA 'lakonan' kita didunia ini. jadi pada waktu itu,anda mahu membawa watak bagaimana rakan-rakan? seorang hero/heroin yang baik dan mampu tersenyum melihat 'lakonan' anda atau watak jahat yang anda sendiri tidak sanggup melihat 'lakonan' anda? Marilah kita fikirkan bersama dan ubah watak kita bersama.........InsyaAllah =D
gambar hiasan

Monday, October 24, 2011

Tanya Sama Pokok


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Pernah tak terfikir,mana arah tuju kehidupan kita ni?hmm kadang-kadang aku tanya diri sendiri, kau nak jadi apa dah besar nanti?kerja apa?rumah macam mana?kereta apa?apa?apa?dan apa? sampai satu tahap aku dah malas nak fikir. just go with the flow.tapi dalam hidup mesti ada matlamat kan.
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
bila aku gagal dapat sesuatu,aku salahkan keadaan.contohnya result SPM tak berapa OK (tapi takde yang fail ok) aku cakap "aku memang bukan budak science ok.kalau aku amik sastra confirm straight A's dalam tangan!" dan macam2 alasan yang aku bagi.tapi tak pernah nak tengok usaha sendiri. terlalu banyak alasannya....
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
leave the past in the past or let bygone be bygone.tak,tak boleh.kadang2 kena juga tengok past so that we won't make the same mistake.ambil ikhtibar dari apa yang terjadi masa lepas.mungkin apa yang dah lepas tak boleh diubah tapi apa yang bakal berlaku pada masa hadapan boleh diubah jika berhati-hati dengan apa yang dah terjadi
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
betul.banyak perkara yang aku terlalu nak dalam hidup ni. nak kereta baru,nak bilik sendiri,nak itu,nak ini.semua nak. sampai terlupa ada orang yang kurang bernasib baik,yang tak boleh nak apa pun.aku teringat kisah kawan aku,keluarga yang susah.ibunya tertekan dengan kehidupan mengambil keputusan minum racun.mula2 aku terfikir dengan minum racun dan bunuh diri tu boleh selesai masalah ke?lebih mendatangkan masalah lagi adalah.anak2 kecil-kecil lagi dan kawan aku masih study di kolej.dia pun tertekan dengan masalah keluarga dia.kisah ni menyedarkan aku,betapa tak bersyukurnya aku dengan apa yang aku ada sekarang,sedangkan kawan aku,dia cuma nak satu je,keadaan keluarga yang kembali stabil dan normal.kesihatan ibunya pulih semula.

Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
beri alasan lagi.alasan dan alasan sampai satu tahap terdiam kerana tidak tahu nak beri alasan apa lagi.

Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
pilihan ditangan anda.anda mampu mengubahnya.bukan orang lain yang tentukan hidup anda,tapi anda sendiri.fikirkan lah (lebih ditujukan kepada diri sendiri)
Tanya Sama Pokok.......

p/s: i used to hate this song.

Wednesday, October 19, 2011

Ini Kisahku



kisah Wardina Saffiyah ni amat bagus untuk dijadikan teladan remaja-remaja kini. transformasi diri dari seorang model kepada ikon muslimah. berdasarkan kisah diatas,ada beberapa pengajaran yang aku dapat (dan aku harap korang juga dapat 'lihat' apa yang aku 'lihat')

1) "Apa yang kita baca sangat mempengaruhi fikiran kita" "you are what u eat,u are what u read"

-ya betul! memang buku dan bahan bacaan memainkan peranan penting masa kini.bukan setakat 'baca bodoh' je.terutamanya bahan bacaan berunsur ke'barat'an.yang menekankan hidup bebas,pakaian fesyen yang pelikpelik,kehidupan social melampau.jadi tak mustahil la ramai remaja-remaja kini terikut gaya2 barat kerana persekitaran,bahan bacaan dan pendedahan kita sekarang lebih ke'barat'an! kak wardina pun cakap

 "buku2 (barat) yang saya baca ni they are so free,remaja-remaja ni pakai baju suka hati,buat suka hati dan seolah-olahnya mereka ni "gembira" ".

 jadi adakah itu yang remaja2 di malaysia sekarang cuba praktikkan?nak mengikut barat sedangkan kita ada undang-undang agama Islam yang melarang semua itu?

2) belajar dari kejahilan. jangan malu untuk bertaubat dan beribadah

-kak wardina cakap "bacaan solat tu saya dah lupa.saya letak buku dekat depan,baca balik,belajar balik,apa makna bacaan tu." "kalau kita faham bacaan dalam solat,tiap2 hari menangis"

ok sekarang aku nak tanya (pada diri sendiri juga),sepanjang kita solat,kita faham ke apa yang kita baca?kita betul-betul menghayati ke setiap ayat-ayat yang dilafazkan?ke main baca je asalkan-aku-dah-solat-dah-la? masih belum terlambat untuk perbaiki ibadah dan perbaiki diri.

Sebaik-baik manusia adalah, yang hari ini lebih baik dari hari kemarin, dan hari esok lebih baik dari hari ini.


3) pilih pakaian yang sesuai dan menutup aurat.


-kata kak wardina "bukan saya pakai tudung terus,tapi saya perbaiki solat saya dahulu." "orang akan menilai kita melalui pakaian kita.pakaian kita menzahirkan siapa kita.jadi saya mahu dikenali sebagai wanita muslim"

ya betul! memang pakaian menzahirkan siapa kita.kalau dah pakai dedah sana,dedah sini tu,boleh nak cakap dia seorang yang baik ke?tapi ada juga yang cakap,tak semestinya yang berjubah,bertudung labuh tu baik sangat.sekurang-kurangnya jaga la aurat.perangai baik tak baik tu lain kira dulu.aurat jaga.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan." (Hadis Riwayat Abu Daud).





4) jangan judge orang.kalau ada yang nak berubah,kita patut support,bukan gelakkan.

- "kita kena berkawan dengan orang-orang yang baik.sekiranya kita dah berubah menjadi orang yang baik,maka orang-orang yang baik juga akan bersama-sama dengan kita." 

Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana Allah kirimkan orang-orang yang baik disekeliling aku. kawan-kawan yang baik, family yang memang supportive. what else do i want? bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah sebelum Allah menarik kembali nikmat itu. nikmat yang diberi hanyalah pinjaman semata-mata. ingat tu! (ingatan untuk diri sendiri juga)

jadi itu sedikit sebanyak pengajaran yang aku ingin kongsikan bersama-sama. aku pun tidaklah baik sangat tapi tak salah kalau kita bersama-sama perbaiki diri dan berkongsi pendapat. yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan. =D

P/S: Thank you Ceron for the video. =D penulisan aku pun dah tak berapa baik.huhu

Sunday, September 4, 2011

Cara Menjawab Panggilan Telefon


Sebenarnya cara menjawab telefon yang kita amalkan adalah salah (ye ke?) dan kebanyakannya sama..

Terpikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betu?lain dari yang lain?jadi disini kita akan cuba untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalau jadi operator)

1.soalan: haloo.may i speak to (enter name here) please?
jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor (enter number here)?
jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5.soalan: haloo,mak ade rumah?
jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6.soalan: haloo (enter name here),buat ape tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7.soalan: boleh saya bercakap ngan (enter name here) ?
jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... sila dail sebentar lagi.terima kasih.

8.soalan: haloo.tolong panggilkan (enter name here). saya nak bercakap dengannye.
jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?

10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.

11.soalan: haloo.betul ke ini nombor (enter number here)?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.

12.soalan: assalamualaikum...
jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib)

jadi renung-renungkan dan selamat mencuba =D


SMS pun boleh di 'apply' juga =D

Saturday, September 3, 2011

Diari Ramadhan 2011

.:Selamat Hari Raya:.
04.30 pagi:
Bangun sahur.aku dan ziera (roommate) bangun awal untuk masak air.lepas tu kejut Nur Aqilah Wahab, kak Aisha (yang paling susah nak bangun) dan kak Ziha untuk sahur bersama-sama

06.15 pagi:
dah selesai solat subuh,terus buat nota kenegaraan or study utk pergi kelas.tak tidur lepas sahur coz takut terlajak. (tapi kadang2 penat sangat,tidur jugak.hihi)

08.00 pagi:
pergi kelas sampai la petang.kalau ade kelas batal memang rasa nikmat sangat. kadang2 dah bersiap lawa2 tiba2 last minit kelas batal.tu memang terbaik la kan -_-'


06.00 petang :
Aktiviti wajib setiap hari.pergi bazar!aku, nasehah dan ayu bersama2 jalan ke bazar.kadang2 pergi dengan Hariz,Zakirin dan Varich. kalau penat nk jalan naik prebet.selalunya kami rajin berjalan.setiap hari mesti pergi bazar sampai ada makcik kat bazar dan abg jual air tu pun dah cam kitorang yang rajin gi bazar ni.haha 


07.30 petang:
berbuka puasa di kafe hamidi tepi tasik sambil menikmati suasana pada waktu maghrib.cantik tengok air tasik waktu ni.tapi kadang2 ada hafiz (anak makcik kafe) yang annoying sangat.suka kacau orang nak makan.haishh budak2 la katekan...


07.50 petang: 
dari tasik kami terus ke masjid.solat ,maghrib,isyak dan terawih terus.


10.15 malam:
balik dari masjid singgah 1st kafe kejap untuk beli air jambu or bekalan untuk sahur.lepas tu terus balik asrama.bermula dari lif,maka aku,nasehah dan ayu membawa haluan masing2...


Begitulah rutin harian aku sepanjang Ramadhan di kolej.kadang2 kami pergi dengar forum/ceramah yang diadakan untuk mengisi masa lapang.takda la terbiar saja waktu tu.nak tunggu berbuka lama lagi jadi kami isi masa dengan menghadiri majlis ilmu dan aktiviti-aktiviti berfaedah (seperti pergi bazar).
Alhamdulillah sepanjang Ramadhan di KUIS banyak manfaat yang aku dapat.Ramadhan kali ini bagi aku lebih bermakna dari sebelum-sebelum ini kerana aku dapat berbuka puasa bersama rakan-rakan smbil menikmati suasana tasik,terus pergi masjid untuk solat dan pelbagai program menarik yang pihak KUIS buat. semoga Ramadhan yang akan datang juga lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. insyaAllah =D
tunggu next class =D

ayu , nasehah n aku @ kafe hamidi tepi tasik =D

p/s: rasa macam penulisan aku dah tak berapa baik.kena asahkan minda lagi ni untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik lagi. terima kasih kepada yang memberi sokongan.jasa anda dikenang (cehh mcm ucapan ape je)