Monday, October 24, 2011

Tanya Sama Pokok


Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Pernah tak terfikir,mana arah tuju kehidupan kita ni?hmm kadang-kadang aku tanya diri sendiri, kau nak jadi apa dah besar nanti?kerja apa?rumah macam mana?kereta apa?apa?apa?dan apa? sampai satu tahap aku dah malas nak fikir. just go with the flow.tapi dalam hidup mesti ada matlamat kan.
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
bila aku gagal dapat sesuatu,aku salahkan keadaan.contohnya result SPM tak berapa OK (tapi takde yang fail ok) aku cakap "aku memang bukan budak science ok.kalau aku amik sastra confirm straight A's dalam tangan!" dan macam2 alasan yang aku bagi.tapi tak pernah nak tengok usaha sendiri. terlalu banyak alasannya....
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
leave the past in the past or let bygone be bygone.tak,tak boleh.kadang2 kena juga tengok past so that we won't make the same mistake.ambil ikhtibar dari apa yang terjadi masa lepas.mungkin apa yang dah lepas tak boleh diubah tapi apa yang bakal berlaku pada masa hadapan boleh diubah jika berhati-hati dengan apa yang dah terjadi
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu terlupa apa yang belum
betul.banyak perkara yang aku terlalu nak dalam hidup ni. nak kereta baru,nak bilik sendiri,nak itu,nak ini.semua nak. sampai terlupa ada orang yang kurang bernasib baik,yang tak boleh nak apa pun.aku teringat kisah kawan aku,keluarga yang susah.ibunya tertekan dengan kehidupan mengambil keputusan minum racun.mula2 aku terfikir dengan minum racun dan bunuh diri tu boleh selesai masalah ke?lebih mendatangkan masalah lagi adalah.anak2 kecil-kecil lagi dan kawan aku masih study di kolej.dia pun tertekan dengan masalah keluarga dia.kisah ni menyedarkan aku,betapa tak bersyukurnya aku dengan apa yang aku ada sekarang,sedangkan kawan aku,dia cuma nak satu je,keadaan keluarga yang kembali stabil dan normal.kesihatan ibunya pulih semula.

Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
beri alasan lagi.alasan dan alasan sampai satu tahap terdiam kerana tidak tahu nak beri alasan apa lagi.

Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
pilihan ditangan anda.anda mampu mengubahnya.bukan orang lain yang tentukan hidup anda,tapi anda sendiri.fikirkan lah (lebih ditujukan kepada diri sendiri)
Tanya Sama Pokok.......

p/s: i used to hate this song.

2 KaTa-kAtA: